Monday, January 21, 2013

THE WEDDING BREAKER - EVELYN ROSE

Posted by ouT oF My MinD at 7:10 PM 0 comments


Patut beli ke?? : 
Boleh buat koleksi. tak nyesal beli. 3.5/5

Review aku:
  • Aku baru baca halfway buku nie, Dari gaya penulisan & jalan cerita aku suka. Mulanya aku anggap novel nie tak lebih dari novel tipikal kawin kawin. Memang pun. Tapi jalan cerita dia tu buat kita rasa, ok lah, best. 
  • Aku suka Ariana Rose yang ada prinsip. 
  • Benda pertama buat aku tak minat nak beli novel nie adalah tipikal pencorakan watak dan nama yakni nama, pangkat bukan main gempak. Betapa aku mengharapkan watak-watak lelaki normal dari keluarga walau kaya tapi takdaklah pangkat sangat kembali semula. Penat jugak nak membaca Datul Wira Tengku Adam Mukhriz....pergh....perghhhhhhh....
  • sub-sub plot ataupun cerita dari sudut pandangan family kedua-dua belah pihak jugak ok...
  • Yang pasti, novel nie buat aku tertanya-tanya dan nak tau kisah dorang dan menyebabkan aku tepaksa bawak ke ofis sebab kononnya nak habiskan time masa ada.
  • so....rekomen untuk dijadikan koleksi. 
(reedit)
  • ok dah abis baca.  overall cita nie ok...tapi dlm 100 page lg nak abis, story dia makin menurun tahap nak habiskan. Dan aku rasa penulis kekeringan idea & nak lari dari tipikal story dimana kekasih-kekasih si hero yang obses nak mati menyerang pasangan ini. So, dari kawin...jln cerita yang happy & penuh dengan cerita-cerita keagaaman. Seriesly, aku dah rasa macam baca kitab agama yang ada unsur drama. Memang bagus, meaningful...tapi aku dah set dlm otak, ini adalah novel, so agak cam spoil my imagination sikit lah. Aku malas nak hipokrit cakap bagus dimasukkan elemen keagamaan. Tapi still pendapat aku, less is more. 
  • bila dah tutup novel nie, aku mula memikir betapa perfectnya watak kedua-duanya. Dan secara tak sedarnya penulis jugak mencorakkan betapa perfectnya heroinn dari semasa ke semasa. Perghhhhh, nasib penulis tak describe betapa perfectnya Ariana dari page 1st, kalau tak...konfem aku tak beli & baca depan dlm beberapa bab....tengah...dan ending. Sebab aku dah tau ceritanya. Ariana nie tak perfectnya sebab dia dah kena rogol ngan Adam je. 
  • Kebetulan-kebetulan yang sangat meeeeh...dan pendapat aku agak duuuh. Bagi aku yang seorang perempuan yang jugak masih belum berkahwin, kalau family aku nak jodohkan aku dgn sesapa, tambah lagi balik-balik je terus kena bertunang, aku konfem nak tengok gambar bakal suami aku tambah lagi nama laki tu sama dengan orang yang aku suka. Tapi...itu hak penulis untuk menunjukkan betapa pasrahnya heroin itu. 
  • Overall....story yang ok. 


BACK COVER sinopsis
Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose
Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!
Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.

“What’s so funny?”
“Talking to me?”
“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”
Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!
“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”
“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”
“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”
Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?
“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil

 

GEEK BUKU Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos