Monday, January 21, 2013

THE WEDDING BREAKER - EVELYN ROSE

Posted by ouT oF My MinD at 7:10 PM 0 comments


Patut beli ke?? : 
Boleh buat koleksi. tak nyesal beli. 3.5/5

Review aku:
  • Aku baru baca halfway buku nie, Dari gaya penulisan & jalan cerita aku suka. Mulanya aku anggap novel nie tak lebih dari novel tipikal kawin kawin. Memang pun. Tapi jalan cerita dia tu buat kita rasa, ok lah, best. 
  • Aku suka Ariana Rose yang ada prinsip. 
  • Benda pertama buat aku tak minat nak beli novel nie adalah tipikal pencorakan watak dan nama yakni nama, pangkat bukan main gempak. Betapa aku mengharapkan watak-watak lelaki normal dari keluarga walau kaya tapi takdaklah pangkat sangat kembali semula. Penat jugak nak membaca Datul Wira Tengku Adam Mukhriz....pergh....perghhhhhhh....
  • sub-sub plot ataupun cerita dari sudut pandangan family kedua-dua belah pihak jugak ok...
  • Yang pasti, novel nie buat aku tertanya-tanya dan nak tau kisah dorang dan menyebabkan aku tepaksa bawak ke ofis sebab kononnya nak habiskan time masa ada.
  • so....rekomen untuk dijadikan koleksi. 
(reedit)
  • ok dah abis baca.  overall cita nie ok...tapi dlm 100 page lg nak abis, story dia makin menurun tahap nak habiskan. Dan aku rasa penulis kekeringan idea & nak lari dari tipikal story dimana kekasih-kekasih si hero yang obses nak mati menyerang pasangan ini. So, dari kawin...jln cerita yang happy & penuh dengan cerita-cerita keagaaman. Seriesly, aku dah rasa macam baca kitab agama yang ada unsur drama. Memang bagus, meaningful...tapi aku dah set dlm otak, ini adalah novel, so agak cam spoil my imagination sikit lah. Aku malas nak hipokrit cakap bagus dimasukkan elemen keagamaan. Tapi still pendapat aku, less is more. 
  • bila dah tutup novel nie, aku mula memikir betapa perfectnya watak kedua-duanya. Dan secara tak sedarnya penulis jugak mencorakkan betapa perfectnya heroinn dari semasa ke semasa. Perghhhhh, nasib penulis tak describe betapa perfectnya Ariana dari page 1st, kalau tak...konfem aku tak beli & baca depan dlm beberapa bab....tengah...dan ending. Sebab aku dah tau ceritanya. Ariana nie tak perfectnya sebab dia dah kena rogol ngan Adam je. 
  • Kebetulan-kebetulan yang sangat meeeeh...dan pendapat aku agak duuuh. Bagi aku yang seorang perempuan yang jugak masih belum berkahwin, kalau family aku nak jodohkan aku dgn sesapa, tambah lagi balik-balik je terus kena bertunang, aku konfem nak tengok gambar bakal suami aku tambah lagi nama laki tu sama dengan orang yang aku suka. Tapi...itu hak penulis untuk menunjukkan betapa pasrahnya heroin itu. 
  • Overall....story yang ok. 


BACK COVER sinopsis
Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose
Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!
Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.

“What’s so funny?”
“Talking to me?”
“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”
Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!
“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”
“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”
“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”
Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?
“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil

Tuesday, November 20, 2012

Posted by ouT oF My MinD at 1:13 AM 0 comments

Thursday, November 15, 2012

SUAMIKU, ENCIK PERFECT 10!

Posted by ouT oF My MinD at 8:47 PM 0 comments


Patut Beli Ke??:
Better pinjam je lah. Kalau suka cita camni, baru beli. =  2/5



review aku:
  • waaaaah, novel nie totally lari dari kebiasaan. Kenapa? sebab watak-watak dalam nie semuanya gila moden. Aku bukan close minded tak boleh nak terima kenyataan nak islamik habis watak-wataknya. Ya, zaman sekarang nie pun agak payah nak jumpa anak dara kan. Tapi, aku cam spoil sikit bila watak-watak heroin nie dah 'kureng'. Aku bukan mintak dia solehah, baik nak mati, tapi kalau dh pregnant dan ada hero lain datang menyelamat....macam down sikit lah...
  • Sebenarnya sekarang nie, aku baru baca half way novel nie. dalam 200++ muka surat lah. Tapi, banyak scene scene yang aku macam speechless sikit. Sama ada penulis nie saja nak buat lawak, nak lari dari kenyataan atau geografi dia fail. Apa yang aku boleh simpulkan, dia kurang buat researh tentang fakta. Lebih fokus kepada jalan cerita. Ok...meh aku bagi good point dulu pasal novel nie. 
  • Jalan cerita not bad, pasal ketulusan seorang lelaki nak tolong seoarng wanita. Dan dari start baca cerita nie dan baru half way, aku pun boleh jatuh cinta juga dengan si jejaka perfect 10 nie. Do want this guy...!!. Dan seriously, bila aku tutup akal fikiran waras dan hanya fokus kepada jalan cerita, aku banyak tersenyum time baca cerita nie. yep, seriously aku rasa mamat zarief nie sangat sweet. Dan aku jugak sangat suka dengan Tok zaharah. Scene scene Tok Zaharan dengan scene zarief dengan Aleeya memang aku suka lah. Tapi part Syed Muzaffar...zzzzz
  • Bahasa Inggeris yang digunakan....aku suka lah. look natural. Ye lah novel pun santai. 
  • Bahasa Utara - waaaaah...sebab cek orang utara, aku rasa sangat dekat rasa cerita nie. Dan aku syok gila baca dalam loghat aku. Tapi bagi yang tak  paham bahasa utara, maybe nie menjadi masalah kot. Macam aku terus turn off dengan 1 novel nie yang banyak sangat guna loghat negeri sarawak....i tak paham, ok. 
  • ok...itu yang bagus. Nie beberapa scene aku rasa cam "what the hell man....". hero dan heroin orang kedah. Diorang baru balik dari London. So, dorang sampai kat KLIA. Nak tau apa diorang buat? Kedua dua manusia nie (seorang nak balik Alor Star. Seoarang nak Balik Sg. Petani) ambik taxi limo nak balik utara ye...Yep, ambik taxi limo balik kedah. Just imagine how much they need to pay for the ride!! Sedangkan dari KL Sentral ke KLIA pun dah kena RM70.00 (one way), apatah lagi ke Alor star nuuuuun. Mau ribu kena charga. Dah lah perjalanan dekat 5 jam. Hero tu...punya tak sabar nak balik kampung jumpa tunang dia, apsal tak ambik flight balik dari KL ke Aloq staq? 45 minit dah sampai. Dan aku rasa lagi murah kot dari tambah taxi tu. Mula tu aku ingat diorang nie turun kat Airport di Penang, boleh dimaafkan lah kalau ambik taxi. tapi....oh man.....Aku rasa takdak manusia akan buat benda bodoh gila camni.
  • Heroin pregnant sebab kena rogol dengan boyfriend dia. Hero cuba menyelamat dengan pura-pura menjadi suami dia. Tidur sebilik sepanjang seminggu di bawah bumbung mak si heroin. ok...gila moden. tabik!
  • syed muzaffar & nasmina nak kawin - pagi (mungkin) bapak dia paksa dia cari calon. Nasmina calonnya. malam (mungkin) pergi melamar. Esoknya terus dah nak hampir selesai persiapan. Pergi fitting terus. Dalam perjalanan accident. oh, dioarang nak kawin seminggu dari tarikh propose tu. sangaaaaat pantas. bukan ke nak mohon itu ini, nak buat pulak grand grand....makan masa ke? ooops...aku tak tau, sebab tak kawin lagi. 
  • Dah...malas nak cerita lagi dah....kang menangis pulas penulis nie. Anyway, storyline dah ok...cuma macam kelakar. Aku tau ini adalah cerita rekaan semata-mata. Tapi, aku tetapi memikirkan logik jugak sebabnya aku bukan membaca Harry Potter...
  • dan aku pelik kenapa ia jadi best seller...

p/s: tajuk dia buat aku malu nak baca kat luar dari bilik tidur...serious.






Back Cover Sinopsis:

Penulis: SYAMNURIEZMIL
penerbit: Karya Seni

PERTEMUAN yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama seminggu, demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen. Janji telah terpatri tetapi perasaan lain pula yang bertakhta dalam hati.
“Abang, orang kahwin pun tak pegang tangan bini dia sebegini teruk, tau! Sampai tak boleh bernyawa tangan Leeya ni.” – Aleeya Azmeen
“Peduli apa Aleeya nak cakap apa pun. Asalkan Aleeya selamat dalam pegangan abang! Abang tak kisahlah apa orang nak cakap.” – Zarief Danial
Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula kasih dari Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan. Azura Hanim pula menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen. 
Aleeya Azmeen menjadi keliru apabila terpaksa memilih di antara cinta terhadap Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial.

“Aleeya dah jumpa ke lelaki perfect 10 tu?” – Zarief Danial
“Dah, tapi dia milik orang,” – Aleeya Azmeen
Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan memperoleh cinta dari Encik Perfect 10, seperti mana yang dia harapkan?



HOLLA

Posted by ouT oF My MinD at 7:58 PM 0 comments
Aku sangat cintakan buku...sangat.
Semua buku aku baca. Tapi mostly novel lah....

memandangkan aku sangat suka beli novel, jarang nak pinjam pinjam, aku selalu google untuk cari review 1-1 novel. Supaya tak rugi duit aku tu. Tambah tambah novel melayu. Dah lah mahal, jalan cerita cam haram...

Tapi, selalu link link blog yang aku dapat, juat show off what kind of novel they currently reading. Piss off sungguh. so, aku create this Geek Buku blog. Selain nak puaskan hati aku, aku juga nak sangat industri buku kat malaysia nie improve, bukan sekadar ikut angin lalu je.

So, aku akan bagi komen sejujur jujurnya ikut kata hati aku dan juga taste aku nie.
In case ada penulis-penulis yang terbabas sampai kat sini...chill yo..!!
Peace...!!
 

GEEK BUKU Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos